Monday, August 14, 2017

Melawati Mall


Tamatlah sudah entry-entry suki sepanjang ke tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang..kembali ler semula suki ke Kuala Lumpur...masa tgh bz jelajah pantai timur, satu mall baru berhampiran tempat tinggal suki dah dibuka dan dirasmikan...so sampai je KL terus ler suki terjah kan..nak tgk best ke tak...


Mall baru ni dinamakan Melawati Mall atau MM yang terletak di taman melawati..kedudukannya amatlah tidak strategik sebab di tengah2 shoplot dan pekan melawati yang asal...sempit dan menambahkan trafik..memandangkan masa suki pegi tu baru seminggu dibuka...jadi mmg hanya 30% sahaja yang dah mula beroperasi...masa banyak kedai yang belum buka ... masa banyak kedai yang tengah renovate...dan dapat dilihat pekerja2 construction ke hulu ke hilir...


Dari segi parking kena berpusing2 smpi atas..tempat laluan kereta agak sempit mcm Quill Mall dan Tabung Haji..kalau tak cekap mmg dapat geseran dengan dinding ler..scary sungguh...so kalau nak mudah parking je kt taman pasar tani a.k.a pasar malam melawati dan jalan kaki ke MM...masa suki gi masih lg free parking..so tak tahu rate parking berapa...


Dari segi jenis2 kedai...suki boleh bagi 3 bintang ler..banyak kedai makan..ada kedai barang harian mcm DIY dan Kaison..ada butik2 baju...dan juga panggung wayang...so untuk orang2 kawasan setempat..kalau tak sempat nak gi shopping or makan2 jauh2..MM pun dah cukup...hihi..nanti dah buka sepenuhnya kedai2..suki gi melawat lagi..buat masa ni biar ler diaorg siapkan renovation dan hiasan dalaman..berdebu dan bising sikit sekarang...sape yang lum sampai boleh ler jenguk...



2 comments:

  1. Untunglah orang area Melawati tak payah arrr... susah-susah nak gi Mall jauh-jauh nun kat tengah bandar yang trafficnya macet hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tp tunggu kedai penuh dulu ler..dia launch semua kedai lum ready nak start hahah

      Delete