Thursday, August 10, 2017

Kota Bharu, Kelantan


Bersambung dari entry sebelum ni...dari KL ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kota Bharu...suki ke Kota Bharu tanpa menggunakan laluan Kuala Lipis dan Gua Musang..scary ler jalan tu..jalan satu lane dengan double line dan dipenuhi lori balak..maka laluan KL-Kuala Terengganu-Kota Bharu lebih elok..walaupun dari KT ke KB tiada highway tp ok ler perjalanan pun ambil masa hanya 2 jam setengah..


Sebelum ni pun suki ke KB atas urusan keje..kali ni pun atas urusan keje tp melencong balik kampung sekali hahah..penginapan di KB telah di booking oleh pihak cawangan..nama penginapan tu Khalifa Hotel and Apartment..bukan hotel pun gayanya..shoplot yang telah diubahsuai...berhadapan dengan Masjid Muhammadi dan tak jauh dari Istana dan Pasar Besar Siti Khatijah...penginapan ni sebenarnya jauh dibawah budget yang sebenarnya..dan suki amat terkejut kenapa pihak cawangan memilih tempat penginapan ni untuk para pegawai dari HQ..dengan keadaan facilities yang kurang baik dan banyak terdapat kerosakan dari bocor dan bekas banjir...last penginapan suki adalah di Renaissance KB yang jauh lagi baik dari sini...hikmahnya menginap di sini adalah dapat dengar azan dan bacaan Quran dengan jelas sebab berhadapan dengan masjid..


Tempoh masa di KB amat singkat..jadi suki tak sempat nak berjalan2 dan shopping ke mana2...sampai untuk check in dah tengah malam...esoknya lepas solat jumaat dah gerak ke Kuantan..ok kita tunggu next entry KB-Kuantan pula ye...


4 comments:

  1. pihak pengurusan masa booking tengok gambar cantik je kot..tak sangka realitinya lain.sabar jelah...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga...pikir yang positif je la =)

      Delete
  2. Dah sampai sini tak sah kalau tak singgah pasar besar SK

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki tak sempat pun ke pasar besar siti khatijah ;(

      Delete