Monday, December 14, 2015

Langkawi : Part II



Hari kedua..awal-awal pagi kitaorg dah siap..walaupun tak cukup tido sebab hari pertama kitaorg merayau pusing Langkawi sampai tengah malam...tp sebab nak join Island Hopping, senang je nak bangun tido...bot kitaorg dijangka bertolak jam 9.30 pagi..makanya bangun awal...breakfast awal..dan kluar hotel awal..

Island hopping ni antara aktiviti popular di Langkawi...selalunya pelancong akan amik pakej ke 3 pulau...dan suki pun amik  pakej yang sama...kitaorg amik satu bot untuk satu family...kalau yang datang bercuti berdua bertiga selalunya kongsi bot dengan pelancong lain..tp kalau datang ramai2 best amik satu bot je..kos bergantung pada bot yang kita ambil..suki dapat rm200, kiranya antara yang murah sebab ada yang charge rm300 dan rm350 bergantung pada pengusaha bot tersebut..kena pandai runding hihi...untuk ke sana kitaorg naik bot di jetty berhampiran Langkawi Yacht di Kuah...


1. Pulau Beras Basah



Tempat pertama yang kitaorg singgah dan berhenti adalah Pulau Beras Basah...subhanallah...cantik sungguh pulau ni...airnya jernih, bersih dan terpelihara...berbeza dengan pantai yang boleh dikunjungi dengan kereta..pantai sini amat bersih...semua org tak kira tua dan muda amik kesempatan untuk bermain air dan pasir...sebab tu suki datang hanya dengan t-shirt, seluar track dan selipar sebab aktiviti di sini tak perlukan kita untuk bersiap lawa2...semuanya nak mandi laut, main air dan main pasir..selain berkelah di tepi pantai..mmg best..kitaorg berhenti di pulau tersebut lebih kurang sejam juga ler..


2. Pulau Singa Besar



Destinasi kedua adalah Pulau Singa Besar, tp pulau ni tak perlukan kita untuk mendarat sebab aktivitinya adalah memberi makan helang..hampir 10 biji bot juga ler yang sedang berhenti untuk memberi makan helang..nak ambil gambar pun tak sempat sebab helang ni laju betul..seronok diaorg takyah cari makan sendiri...orang datang bagi makan je. hihi..masa di sini tak lama .. dalam lebih kurang 15 minit gitu je...


3.  Tasik Dayang Bunting






Lokasi terakhir adalah Tasik Dayang Bunting...cantik betul air di sini...nak ke tasik..mula2 bot turunkan kita di jetty kemudian kita kena amik tiket untuk masuk..rm3 seorang dan mulakan pendakian anda..nak ke tasik tu kena naik dan turun tangga baru jumpa tasik yang amat cantik itu..mcm tempat tersembunyi juga ler..dinasihatkan anda tak banyak makanan yang menarik minat monyet sebab terdapat monyet2 di tepi2 laluan kita nak ke tasik...banyak aktiviti boleh dibuat disini...antaranya mandi...snorkeling...jet ski...dan juga fish spa...ikan dia bukan ikan kecik2 tp ikan besar2 hihi...memandangkan tmpt ni tasik..makanya air dia mmg dalam...takde tebing...dari tepi dah mmg dalam...so ada ler disediakan satu tempat untuk kanak2..ala2 swimming pool gitu sebab mmg bahaya kalau kanak2 terus terjun tasik tu..tempoh masa di tasik dayang bunting ni lebih kurang sejam lebih juga ler...puas hati dapat datang sini...


Selesai aktiviti island hopping...kitaorg balik rehat di hotel...kemudian kluar semula untuk melawat tempat2 menarik yang lain contohnya Beras Terbakar, Pantai Cenang dan pelbagai tempat lain...

8 comments: