Monday, November 30, 2015

Al-Fatihah


Salam takziah buat keluarga pelawak terkenal, arwah Pak Yus dari kumpulan Jambu






Thursday, November 26, 2015

My Mom's Chicken Rice


Yeayy wangsa maju dah ada 'My Mom's Chicken Rice' ...sebelum ni kalau suki nak makan nasi ayam ni kena le pegi ampang..jem plak tu hihi..sekarang tidak lagi..dah ada dekat je...bagi yang biasa ke wangsa maju mesti tahu yang dulunya Carefour sekarang dah tukar nama kepada AEON Big dan sejak tu pasaraya tu dah renovate kaw kaw punya...lagi moden dan cantik dan banyak pilihan kedai...suka sangat sekarang ke AEON Big walaupun bukan nak beli barang sekadar nak gi makan pun ke situ...

Mesti korang pelik apa yang bestnya MMCR ni kan...selain yakin yang ianya halal dan dimiliki pengusaha melayu..hidangan yang sedap...ada banyak side dish yang suki gemor contohnya brownies with ice cream..kedai yang cantik dan bersih...mmg cukup ler semua pakej yang suki tetapkan untuk jadi kedai kegemaran suki hihi..masing2 ada kedai kegemaran masing2 kan...so terpulang ler pada individu.. 


Rasanya cawangan wangsa maju ni yang paling cantik kot dari segi decoration .. ye ler kedai baru semua baru dan moden...yang di ampang mcm biasa2 je deco nyer ... mungkin tu baru test market kot...ok lepas ni nak nasi ayam suki datang sini je (kalau malas masak kt umah ler)..kuang kuang kuang



Monday, November 16, 2015

Hard Rock Hotel Penang


Minggu lepas sempat ler suki bercuti pendek sekejap..merehatkan minda dari campus life..melupakan thesis buat sehari dua..dan bercuti ke Hard Rock Hotel di Batu Feringhi Penang...mulanya decide nak booking tru Agoda tp akhirnya booking melalui website hotel sendiri sebab ada beberapa hadiah yang diberikan contohnya Hard Rock merchandise semasa check in, diskaun semasa shopping di Rock Shop, breakfast di club house dan apa lagi ye suki lupa..diskaun ke Hard Rock Cafe... 



Decoration hotel mmg cantik..bertemakan artis-artis lagenda dan ternama dunia seperti The Beatles, Michael Jackson, Elvis Presley dan ramai lagi...di setiap sudut kita boleh tgk gambar2 berserta monumen artis-artis tersebut...dah rasa macam masuk muzium pula..konsep pekerja-pekerja pun santai je..sebab hotel ni betul-betul terletak di tepi pantai...jadi konsep hotel ni mmg untuk bersantai dari pekerja sampai ler ke tetamu hotel...



Swimming pool pun cantik dan menarik bentuknya...asalnya suki booking seaview deluxe tp telah di upgrade kepada lagoon deluxe...so buka je pintu terus terjun kolam...hihi...mmg cantik ler view dari bilik hotel..terus nampak laut di depan..mmg ramai betul ye pengunjung hujung2 tahun ni..itu belum cuti sekolah lagi tu..lagipun pelancong luar mmg ramai menginap di sini...selain menikmati kemudahan hotel yang pelbagai tu..tmpt tumpuan lain mesti ler Rock Shop...tempat jualan barang-barang or Hard Rock merchandise..bagi yang menginap situ dapat diskaun...ok ler juga..harga barang-barang dari serendah RM30 hingga RM100++ .. terdapat tiga buah Rock Shop dalam hotel tersebut..satu dalam hotel sendiri, satu dalam Hard Rock Cafe dan satu lagi di luar kawasan parking hotel..jadi boleh buat pilihan nak beli di mana..






Memandangkan dah selesai bercuti di Penang..makanya kembali ler ke rutin harian.hihi..jangan ditinggal buku lama2 nanti dia merajuk...kembali menulis dan menulis dan membaca dan membaca :)

Thursday, November 5, 2015

Lunch di South East, Maju Junction

Macam biasa suki kalau weekend mmg merayap sana sini hihi..dah bila ke sana sini mmg wajib makan luar sampai sis Ana Jingga pun dah tegur hahaha...kuat jalan2 suki ni...kali ni suki citer ke tempat makan baru tp di lokasi yang sama dalam masa terdekat..kebetulan ahli keluarga datang dari Ganu..dah dia perlu brkumpul di Sogo untuk balik ke Ganu petang tu juga..jadi fikir punya fikir mana nak lunch tak jauh dari Sogo..suki ke Maju Junction lagi sekali..

Kali ni suki ke restoran The South East yang terletak di level ground Maju Junction betul2 di sebelah escalator..mmg tak susah cari ler..lgpun mall tu kan takde org..mana2 kedai pun senang cari hihi..restoran ni menghidangkan masakan dari negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand termasuk dari Malaysia sendiri...mmg sedap..amat sesuai kalau datang ramai2..
Cara ambil order pun menarik..selain diberi menu untuk dipilih makanan dan minuman,pengunjung juga diberi ipad untuk terus order secara online...dan diminat untuk check order before click submit..canggih kan..selalu kedai mamak diaorg yang pegang ipad..ini kita sendiri yang tentukan..so takde alasan ler order kita salah or terkurang or terlebih..semuanya kita yang buat sendiri..pendekatan yang bijak..


Selesai makan rupanya suki diberi baucer sebanyak RM100 untuk next visit..rupanya dengan setiap bayaran RM50 di restoran tersebut kita diberi RM50 baucer..dan memandangkan suki bayar sebanyak RM100 lebih makanya suki diberi RM100 baucer..so next visit makan free ler hihi..marketing strategy diaorg kan..untuk menarik minat pengungung..


Tuesday, November 3, 2015

November dah =)

Sekejap je dah masuk november kan..dah sampai akhir tahun kita untuk 2015 ni..adakah azam kita semua tercapai tahun ni...apakah memori paling indah dan perit sepanjang tahun ni...semoga bulan November ni memberi kita seribu satu kebahagiaan .. Amin