Friday, April 18, 2014

"Wardina berlaku tak adil"


Kuala Lumpur: “Apakah niat sebenar Wardina memuat naik video yang sudah disunting sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya?” soal penceramah bebas Don Daniyal berhubung kontroversi beberapa rakaman video ceramahnya yang didakwa mengandungi hadis palsu dan menyesatkan.

Don, 30, atau mesra disapa Ustaz Don tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu bagi menjernihkan kekeliruan umum berikutan tindakan selebriti dan penceramah motivasi Wardina Safiyyah memuat naik dan membidas kandungan dakwahnya menerusi Facebook, kelmarin. 

Menerusi rakaman video berdurasi hampir 18 minit itu, Don menyifatkan tindakan Wardina mengkritiknya berdasarkan beberapa rakaman ceramah yang sudah disunting sebagai sesuatu yang tidak adil buat dirinya. 

“Adakah (Wardina) bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda,” bidasnya dalam video penjelasan itu.

Sumber : Harian Metro

2 comments:

  1. Pendapat saya, kalau kita sendiri tak sure tentang sesuatu perkara, baik kita diam atau bertanya pada yang lebih arif, bimbang kita sendiri salah pulak dlm memberi pendapat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)

      Delete