Sunday, July 21, 2013

Peniaga naik harga ayam berdepan denda sehingga RM500,000


Para peniaga ayam yang berdegil masih menjual ayam melebihi harga standard RM7.70 bermula 26 Julai ini boleh berdepan denda antara RM50,000 hingga RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga degil dan tamak yang enggan mematuhi ketetapan harga standard itu.

"Kita sudah beritahu harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sen sekilogram mulai 26 Julai ini. Kalau peniaga sengaja naikkan lagi harga selepas tarikh itu, kita tak boleh lagi bertolak ansur.

"Kita bertegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM50,000 dan RM100,000, malah hingga mencecah RM500,000," katanya.

Beliau ditemui pada program Gotong Royong dan Ramah Mesra di pekarangan Masjid Al-Jaumhuriah dekat Kuala Besut hari ini.

Hasan turut memberi amaran serupa kepada para peniaga 20 barang kawalan lain sebaik bermulanya tarikh kuat kuasa harga itu yang dilaksanakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa selama 17 hari. - UTUSAN ONLINE

Nota kaki : Asyik upload citer psl ayam je..hehehe

6 comments:

  1. undang-undang dah ada.. cuma perlaksanaan bakal menjadi tanda tanya

    ReplyDelete
  2. jrng beli aym..tau mkn jekk..huu ;p

    ReplyDelete
  3. tapi kalu dibandingkan dengan seafood n daging, ayam masih murah..

    ReplyDelete
  4. Tiap tiap kali perayaan ada jeh masalah peniaga naikkan harga barang....hmmmm...

    ReplyDelete
  5. @eyna..tp daging ayam jadi rebutan di bulan ramadhan dan syawal ni :)
    @zuha..diaorg takde ke nak tambahkan stok bila ramadhan or syawal kan..sah2 permintaan meningkat

    ReplyDelete