Tuesday, January 8, 2013

Angan Kosong Perkara Sia-sia


Angan Kosong Perkara Sia-sia
Daripada Abdullah (Ibnu Mas’ud) RA katanya: Rasulullah SAW membuat satu garisan berbentuk segi empat. Kemudian baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat tersebut. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah tersebut. Baginda bersabda; "Ini adalah (gambaran) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya."

Sumber: e-hadith


No comments:

Post a Comment