Tuesday, October 9, 2012

Kismis


Antara khasiat-khasiat yang terdapat pada kismis adalah:-

1.Snek Menajamkan minda.
Apakata jadikan kismis sebagai snek, menggantikan gula-gula. Ini kerana,kismis merupakan buah kering yang membekalkan gula semulajadi iaitu gula fruktosa yang mudah ditukar kepada tenaga, untuk tubuh. Gula ringkas ini dapat membantu dalam menajamkan minda, meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan

2.Antioksida
Seperti aprikot dan prun, kismis juga merupakan agen antioksida yang baik. Ia berkhasiat dalam melindungi daripada terdedah dengan kerosakan sel tubuh serta serangan penyakit seperti demam dan selsema.

3.Kesihatan Mata
Kismis sebagai agen anti oksida dapat melindungi mata dari radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya penglihatan disebabkan lanjutan usia. Selain itu, kismis juga kaya dengan Vitamin A, serta Beta Kerotin yang baik untuk kesihatan mata.

4.Gigi sihat
Pasti kamu merasa melekit dan manis apabila mengunyah kismis bukan? Walaupun kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi, namun ia tidak merosakkan gigi. Malahan, Asid Oleonolik  yang terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.

5.Menguatkan tulang
Kismis dapat menguatkan tulang kerana ia adalah sumber boron yang baik. Boron dapat membantu khususnya wanita dalam mencegah masalah Osteoporosis, iaitu penyakit yang membuatkan tulang lemah dan rapuh.


Source : http://remaja.karangkraf.com


No comments:

Post a Comment